# 001: Kuasai Ilmu Dalam Diri

>> Thursday, September 30, 2010

Semenjak dari kecil lagi manusia secara semulajadi akan cenderung untuk belajar atau memahami sesuatu menggunakan akal. Akal sentiasa ingin tahu dan memahami hukum alam. Setiap pengetahuan yang dipelajari oleh akal akan tersimpan di dalam otak menjadi ilmu. Ilmu yang diperolehi itulah yangg bakal membezakan tahap pemikiran setiap manusia.

Dari tadika hingglah SPM dulu. Tiap-tiap hari saya ulang-alik pergi sekolah tengok muka cikgu, buat kerja-rumah, ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Sampai terlupa apa tujuan saya belajar, hinggalah lepas SPM. Sementara tunggu keputusan SPM, saya cuba-cuba cari kerja, sepenuh masa atau bukan baik didalam daerah atau diluar daerah. Tapi saya tak dapat kerja, tak ada kekosongan. Lagi pun mak dah pesan, tak perlu kerja sebab dia nak pergi haji masa itu.
Maka, saya tolong abah di kebun. Bermula dari situ aku terdedah dengan satu corak kehidupan baru. Pengalaman pertama mendapat duit dari hasil usaha dan idea sendiri. 'Survive' dalam dunia pokok-pokok. Tengok macamana pohon itu dimanfaatkan. Sebagai contoh, kulit pada batang pisang dijadikan tali pengikat & sebagainya.

Pernah suatu ketika, saya cakap-cakap dengan mak. Doakan saya cenderong perkara-perkara yang baik-baik. Walaupun halangannya seperti mmanjat tembok. Mak beritahu, mak tak kisah yang saya nak kerja apa pun, asalkn kerja itu aku minat. Tapi yang penting sekali, lengkapkan diri dengan ilmu yang mantap!! Pengetahuan yang mendalam. Akal yang bijak barulah kita boleh berjaya dan dihormati.

Sebabnya, jika kita terlalu minat akan sesuatu dan kita tiada ilmu untuk mengawal akal dan keinginan. Kita akan mudah hanyut.

Tetapi, jika kita minat akan sesuatu dan kita mengawal minat kita dengan ilmuuuu yang mantap. Insya-Allah satu hari kita pasti berjaya.

Seorang tukang cat  kereta mahupun kapal, jika tiada ilmu, tak menjadi punya. Macamana nak buat semburan pertama pada badan besi yang licin. Semua  itu kena ada ilmu & pengalaman. Sama seperti pencetak kertas. Apabila elektron bercas +ve bertemu dengan elektron bercas -ve. Ia akan 'melekat'. Kemungkinan mereka ini belajar dari hukum fizik petir =P.

Jika kita tengok Negara-negara yang berisiko dilanda angin taufan. Mereka membina rumah berasaskan kayu-kayan, metal-metal hanya pada bahagian asas sahaja. Kenapa?? Besi merupakn kondator terbaik pengaliran cas positif dan negatif yang menghasilkan tenaga 'penarik'. Mereka tahu semua ini, sebab mereka minat mengetahui tentang taufan. 

Banyak hikmah yang kita pelajari yang berada dilangit dan dibumi, bagaimana binatang diciptakan; penciptaan kapal selam dengan ikan puas. Helikopter dengan pepatung. Dan sebagainya.

Begitu juga dengn kaum nelayan mendapat ilmunya dari laut. Pemburu mendpat ilmunya dari hutan. Para ibu mendapat ilmunya di rumah dan ceruk dapur. Makcik/Pakcik 'cleaner' yang arif tentang sukatan cecair asid untuk membasuh lantai.

Jika semua-semua ilmu ini mereka dapat terjemahkan menjadi buku dan tulisan untuk menjadi rujukan generasi akan datang, sudah pasti ramai nelayan, pemburu, petani, ibu-ibu sudah memiliki Master atau PhD di dalam bidang yang mereka mahiri. Percaya tak??

Kegagalan ssuatu perkara bukanlah kayu pngukur orang itu cerdik atau tidak. Kecerdikan itu terjadi dari akal yang berfikir dan pengalaman itu merupakan 'guru' terbaik.

Hmm...

Saya rasa cukuplah setakat ini. Yang lain-lain itu, Allah dah kurniakan kalian akal. Pandai-pandailah fikir.. Wallahulam...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP